Wednesday, April 3, 2013


#TA’ARUF

Assalamualaikum, salam ukhuwah fillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Saya  memulakan bicara, mengalunkan jari-jemari menari di atas keyboard usang, melantunkan perkongsian qalbu.
Segala puji dan selawat ke atas Rasulullah. Sesungguhnya, segala lakaran kata-kata bisu ini tidak akan hadir melainkan dengan keizinanNya.

Memulakan semula penulisan di alam maya setelah berkurun lama blog bersawang *sampai password blog pun lupe, keh3. Maka hadirlah lembaran baru ini, agar ianya boleh memberi sesuatu kepada pembaca, menambah saham akhiratku bila berhadapan denganNya nanti serta memanjangkan silaturrahim antara kite. Ukhuwah fillah gituuuu 

                             إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدّاً  
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang {Maryam : 96}



Orang selalu cakap, ‘tak kenal maka x cinta’
Mari kita buat satu anjakan paradigma, ‘tak kenal maka taaruf’. Tak kenal dengan seseorang, mari lah kita berkenalan. Kn3? Dah kenal nanti, baru boleh keluar quote begini, ‘tak kenal maka taaruf, taaruf maka berkasih sayang, bersayang-sayang maka bercinta’. Mudah-mudahan, cinta yang kita kejar itu, adalah cinta hakiki. Mengejar cinta tanpa mencicirkan mardhatillah..*tibe2 bercintan cinton plak kan. Lari topic da ni. Ok3, back to the topic.


                 وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَ وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْميَتَفَكَّرُون
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki0, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir {Ar-Rum : 21}

Ayuh, mari kite berkenal2 & berkasih sayang ye ye ye 

Awak dulu kan da ada blog?
Kenapa da lama nenyepi?
Kenapa awak berblog semula?
Soalan demi soalan tertujah pada si empunya web ni http://syidasalam.blogspot.com/
Rase mcm retis plak ade byk2 soalan ni. *padahal tanya diri sendiri

Ehem Ehem Ehem

Kembali berblogging apabila Allah mengurniakan kelapangan waktu setelah berpenat lelah mengharungi perjuangan, dengan tujuan hanya satu; untuk mendapatkan kenikmatan di syurga abadi nanti.
Juga kembali mengarang apabila terpanggil oleh seorang makhluk istimewa untuk same2 berkongsi sesuatu yang boleh meningkatkan keimanan, menambah pengetahuan. Seronok kan berkongsi sesuatu yang baik. Kemanisannya terasa bagai beristirehat di taman-taman syurga gituuuu.


Berbalik kepada topic entry di atas ok.

Macam mana kita nak berukhuwah? Soalan yang kadangkala kita sendiri hilang akal dengan jawapannya.
Sebabnya hanya satu : kerana setiap muslim itu bersaudara. Kn?

Ukhuwah itu adalah sunah Rasulullah, ianya hadir untuk mengembangkan sayap ukhuwah islamiyah, melebarkan empayar kasih sayang, memperhebatkan daulah persaudaraan. Wah wah wah. Siapa tak nak kan apabila berada di syurga nanti in Sha Allah kita dikelilingi oleh insan-insan yang bersama kita di dunia dulu, yang sama-sama berkasih sayang keranaNya, sama berbulatan gumbira, berkonferens riang, bertadabbur alam bersama, bercerita tentang kekasih yang satu, Allahu Rabbi, saling menasihati. Waduh, bisa gilak ni punya teman2 ukhuwah yang hebat. Hebat memimpin tangan kita ke jambatan syurga. Masya Allah.


Ukhuwah itu terbina dengan asas tiang ta’aruf. Lamanya baru nak sampai tajuk entry kn. Maap ye kawan2. Saya budak baru belajar. Hehehe.

Ta’aruf itu pintu utama kepada jalinan ukhuwah. Dan pintu itu sememangnya memerlukan anak kunci untuk membukanya. Kunci yang terbuat daripada ikatan iman, akidah dan Islam. Kunci itu adalah seni-seni kita dalam memulakan proses taaruf. Ianya bakat, ianya boleh dipelajari. Jadi jangan takut kalau kita kurang seni itu. Selagi ada usaha kita untuk mengamalkan seni itu, pasti piala ta’aruf dan ukhuwah itu dapat kita genggami. Make sure kunci itu disimpan rapi. Takut2 kunci tu hilang. Takut2 pintu yang tidak berkunci itu dimasuki oleh zombie2 kampung pisang atau mungkin ultraman taro yang kononnya menyelamatkan dunia.

Oleh itu, ayuh! Berta’aruf
Ta’aruf hamba dengan penciptaNya
Ta’aruf suami dan isteri
Ta’aruf anak dengan ibubapanya
Ta’aruf murobbi dengan mutarobbinya
Ta’aruf sesama akhawat
Ta’aruf sesama ikhwah
Ta’aruf sesama hamba
Kerana kitalah penyambung ukhuwah itu.
Sesungguhnya sesama hamba itu tidak akan mampu mengenali hambanya yang lain dengan sempurna. Hanya Dia yang mengenali dengan sesungguhnya siapa hamba-hambaNya. 

Ta’aruf . Ta’aruf . Ta’aruf . Biznillah

Wallahua’llam
Mari mengejar mardhatillah.
Menjadi hamba Allah yang osem. Yeah!


Salam sayang,
Shauqah wardah 

No comments:

Post a Comment