Friday, April 5, 2013

#MAKTAB

Assalamualaikum, salam ukhuwah fillah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mari memuji Allah. Mari berselawat kepada Baginda. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat hidup,  iman dan Islam.

Ohyeah!!! Bersemangat rasa. Eh.


Maktab, tempat di mana saya mengenal diri, tempat dimana saya belajar berdikari.
6 tahun yang lalu, saya disini sebagai pengemis ilmu dari insan bergelar guru.
Tempat mencari erti kepayahan dalam perjuangan atas jalan syahid.
Tempat beriang gembira, berlari2 datok moyang dengan kawan2 hingusan.
Tempat menyorok dalam loker sebab malas pergi riadah punya pasal.
Tempat saya mengenal insan hebat.

Aduh, rindu nya pada saat itu.

Kini,
Di sini sebagai seorang pemerhati. Yang tempatnya jauh dari mata-mata orang, tapi dapat menyaksikan gelagat setiap manusia di sini.
Pelajar-pelajar yang takut-takut sebab lewat hantar kerja sekolah
Cikgu-cikgu dengan gelagat yang beribu Jenama berjuta gaya. Ngeh3.

Dari senario itu, saya juga belajar sesuatu. saya juga mendapat ibrah dari kebingutan suasana di sini.
Jaulah pengembaraan ilmu walau hanya seketika tetapi memberi kesan yang cukup mendalam.

Bila melangkah masuk ke alam universiti yang dahulunya saya bayangkan suatu menara gading yang BEBAS. Kebebasan yang sangat diinginkan budak sekolah.
Tanpa disiplin yang sangat skema
Tanpa cikgu dengan rotan beliau
Tanpa kelas dengan jadual yang takde kompromi langsung
Tanpa dewan makan yang tersedia dengan makanan yang tersedia
Tanpa kawan2 yang dengannya kita boleh copy paste homework sesukati sesenang jantung ko je

Namun, sebenarnya saya sedih dengan kehilangan perkara-perkara yang dulu saya anggap sangat merimaskan, sangat menyerabutkan.
Kerana tanpa semua itu,  tanpa ibubapa disisi, tanpa guru yang sentiasa mendidik, kita boleh tersilap pilihan, tersilap mengatur langkah dalam menentukan perjalanan hidup kita.

Saya pernah berada dalam pilihan itu. Dan juga pernah tersilap membuat pilihan dan penilaian. Saya pernah memilih jalan yang seronok tetapi dipenghujungnya derita. Jalan yang bebas tanpa disiplin dan jadual yang diakhirnya saam akhirat ku semakin negatif.

Saya lambat sedar kesilapan itu.
Ye, saya akui itu.
Saya mungkin penah di langgar oleh MakCik Hidayah di tepi jalanan, tetapi saya buat2 tak kenal je dengan beliau. "Tak cool kot MakCik Hidayah ni, hidup remaja kenala enjoy". Begitulah dialog saya dengan beliau.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Kerana Allah masih mengenali saya sebagai hambaNya.
Sekali lagi MakCik Hidayah melanggar bahu saya. Alhamdulillah, kali ini saya terpanggil untuk kembali menjadi saya yang dahulu.
Saya yang pernah diberi didikan moral dan agama oleh insan hebat bergelar mak dan abah
Saya yang pernah diajar oleh puan cikgu erti hormat dan kasih sayang
Saya yang pernah menjadi seseorang dahulu

Saya beruntung
Beruntung berada di dalam satu suasana bi'ah solehah di tempat saya mula mengenal tarbiyah dan dakwah
Beruntung dididik kembali menjadi individu muslim osem, in sha Allah
Beruntung disedarkan kembali dengan hakikatul insan
Beruntung diingatkan kembali tentang tugas khalifah dan 'abdillah.

xoxo
Mari mengejar Mardhatillah
Menjadi individu muslim yang osem lagi ohyeah!!!!

Salam sayang,
Shauqah Wardah


No comments:

Post a Comment