#MAKTAB
Assalamualaikum, salam ukhuwah fillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Mari memuji Allah. Mari berselawat kepada Baginda. Syukur kerana masih dikurniakan nikmat hidup, iman dan Islam.
Ohyeah!!! Bersemangat rasa. Eh.
Maktab, tempat di mana saya mengenal diri, tempat dimana saya belajar berdikari.
6 tahun yang lalu, saya disini sebagai pengemis ilmu dari insan bergelar guru.
Tempat mencari erti kepayahan dalam perjuangan atas jalan syahid.
Tempat beriang gembira, berlari2 datok moyang dengan kawan2 hingusan.
Tempat menyorok dalam loker sebab malas pergi riadah punya pasal.
Tempat saya mengenal insan hebat.
Aduh, rindu nya pada saat itu.
Kini,
Di sini sebagai seorang pemerhati. Yang tempatnya jauh dari mata-mata orang, tapi dapat menyaksikan gelagat setiap manusia di sini.
Pelajar-pelajar yang takut-takut sebab lewat hantar kerja sekolah
Cikgu-cikgu dengan gelagat yang beribu Jenama berjuta gaya. Ngeh3.
Dari senario itu, saya juga belajar sesuatu. saya juga mendapat ibrah dari kebingutan suasana di sini.
Jaulah pengembaraan ilmu walau hanya seketika tetapi memberi kesan yang cukup mendalam.
Bila melangkah masuk ke alam universiti yang dahulunya saya bayangkan suatu menara gading yang BEBAS. Kebebasan yang sangat diinginkan budak sekolah.
Tanpa disiplin yang sangat skema
Tanpa cikgu dengan rotan beliau
Tanpa kelas dengan jadual yang takde kompromi langsung
Tanpa dewan makan yang tersedia dengan makanan yang tersedia
Tanpa kawan2 yang dengannya kita boleh copy paste homework sesukati sesenang jantung ko je
Namun, sebenarnya saya sedih dengan kehilangan perkara-perkara yang dulu saya anggap sangat merimaskan, sangat menyerabutkan.
Kerana tanpa semua itu, tanpa ibubapa disisi, tanpa guru yang sentiasa mendidik, kita boleh tersilap pilihan, tersilap mengatur langkah dalam menentukan perjalanan hidup kita.
Saya pernah berada dalam pilihan itu. Dan juga pernah tersilap membuat pilihan dan penilaian. Saya pernah memilih jalan yang seronok tetapi dipenghujungnya derita. Jalan yang bebas tanpa disiplin dan jadual yang diakhirnya saam akhirat ku semakin negatif.
Saya lambat sedar kesilapan itu.
Ye, saya akui itu.
Saya mungkin penah di langgar oleh MakCik Hidayah di tepi jalanan, tetapi saya buat2 tak kenal je dengan beliau. "Tak cool kot MakCik Hidayah ni, hidup remaja kenala enjoy". Begitulah dialog saya dengan beliau.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Kerana Allah masih mengenali saya sebagai hambaNya.
Sekali lagi MakCik Hidayah melanggar bahu saya. Alhamdulillah, kali ini saya terpanggil untuk kembali menjadi saya yang dahulu.
Saya yang pernah diberi didikan moral dan agama oleh insan hebat bergelar mak dan abah
Saya yang pernah diajar oleh puan cikgu erti hormat dan kasih sayang
Saya yang pernah menjadi seseorang dahulu
Saya beruntung
Beruntung berada di dalam satu suasana bi'ah solehah di tempat saya mula mengenal tarbiyah dan dakwah
Beruntung dididik kembali menjadi individu muslim osem, in sha Allah
Beruntung disedarkan kembali dengan hakikatul insan
Beruntung diingatkan kembali tentang tugas khalifah dan 'abdillah.
xoxo
Mari mengejar Mardhatillah
Menjadi individu muslim yang osem lagi ohyeah!!!!
Salam sayang,
Shauqah Wardah
Friday, April 5, 2013
Wednesday, April 3, 2013
#TA’ARUF
Assalamualaikum, salam ukhuwah
fillah.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Saya memulakan bicara, mengalunkan jari-jemari
menari di atas keyboard usang, melantunkan perkongsian qalbu.
Segala puji dan selawat ke atas
Rasulullah. Sesungguhnya, segala lakaran kata-kata bisu ini tidak akan hadir
melainkan dengan keizinanNya.
Memulakan semula penulisan di
alam maya setelah berkurun lama blog bersawang *sampai password blog pun lupe, keh3. Maka hadirlah
lembaran baru ini, agar ianya boleh memberi sesuatu kepada pembaca, menambah
saham akhiratku bila berhadapan denganNya nanti serta memanjangkan silaturrahim
antara kite. Ukhuwah fillah gituuuu
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَنُ وُدّاً
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang {Maryam : 96}
Orang selalu cakap, ‘tak kenal
maka x cinta’
Mari kita buat satu anjakan
paradigma, ‘tak kenal maka taaruf’. Tak kenal dengan seseorang, mari lah kita
berkenalan. Kn3? Dah kenal nanti, baru boleh keluar quote begini, ‘tak kenal
maka taaruf, taaruf maka berkasih sayang, bersayang-sayang maka bercinta’.
Mudah-mudahan, cinta yang kita kejar itu, adalah cinta hakiki. Mengejar cinta
tanpa mencicirkan mardhatillah..*tibe2
bercintan cinton plak kan. Lari topic da ni. Ok3, back to the topic.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَ وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْميَتَفَكَّرُون
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki0, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir {Ar-Rum : 21}
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَ وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْميَتَفَكَّرُون
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki0, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir {Ar-Rum : 21}
Ayuh, mari kite berkenal2 & berkasih sayang ye ye
ye
Awak dulu kan da ada blog?
Kenapa da lama nenyepi?
Kenapa awak berblog semula?
Soalan demi soalan tertujah pada
si empunya web ni http://syidasalam.blogspot.com/
Rase mcm retis plak ade byk2
soalan ni. *padahal tanya diri
sendiri
Ehem Ehem Ehem
Kembali berblogging apabila Allah
mengurniakan kelapangan waktu setelah berpenat lelah mengharungi perjuangan,
dengan tujuan hanya satu; untuk mendapatkan kenikmatan di syurga abadi nanti.
Juga kembali mengarang apabila
terpanggil oleh seorang makhluk istimewa untuk same2 berkongsi sesuatu yang
boleh meningkatkan keimanan, menambah pengetahuan. Seronok kan berkongsi
sesuatu yang baik. Kemanisannya terasa bagai beristirehat di taman-taman syurga
gituuuu.
Berbalik kepada topic entry di
atas ok.
Macam mana kita nak berukhuwah?
Soalan yang kadangkala kita sendiri hilang akal dengan jawapannya.
Sebabnya hanya satu : kerana
setiap muslim itu bersaudara. Kn?
Ukhuwah itu adalah sunah
Rasulullah, ianya hadir untuk mengembangkan sayap ukhuwah islamiyah, melebarkan
empayar kasih sayang, memperhebatkan daulah persaudaraan. Wah wah wah. Siapa
tak nak kan apabila berada di syurga nanti in Sha Allah kita dikelilingi oleh
insan-insan yang bersama kita di dunia dulu, yang sama-sama berkasih sayang
keranaNya, sama berbulatan gumbira, berkonferens riang, bertadabbur alam
bersama, bercerita tentang kekasih yang satu, Allahu Rabbi, saling menasihati.
Waduh, bisa gilak ni punya teman2 ukhuwah yang hebat. Hebat memimpin tangan
kita ke jambatan syurga. Masya Allah.
Ukhuwah itu terbina dengan asas tiang ta’aruf. Lamanya baru nak sampai tajuk entry kn. Maap ye kawan2. Saya
budak baru belajar. Hehehe.
Ta’aruf itu pintu utama kepada
jalinan ukhuwah. Dan pintu itu sememangnya memerlukan anak kunci untuk
membukanya. Kunci yang terbuat daripada ikatan iman, akidah dan Islam. Kunci
itu adalah seni-seni kita dalam memulakan proses taaruf. Ianya bakat, ianya
boleh dipelajari. Jadi jangan takut kalau kita kurang seni itu. Selagi ada
usaha kita untuk mengamalkan seni itu, pasti piala ta’aruf dan ukhuwah itu
dapat kita genggami. Make sure kunci itu disimpan rapi. Takut2 kunci tu hilang.
Takut2 pintu yang tidak berkunci itu dimasuki oleh zombie2 kampung pisang atau
mungkin ultraman taro yang kononnya menyelamatkan dunia.
Oleh itu, ayuh! Berta’aruf
Ta’aruf hamba dengan penciptaNya
Ta’aruf suami dan isteri
Ta’aruf anak dengan ibubapanya
Ta’aruf murobbi dengan
mutarobbinya
Ta’aruf sesama akhawat
Ta’aruf sesama ikhwah
Ta’aruf sesama hamba
Kerana kitalah penyambung ukhuwah
itu.
Sesungguhnya sesama hamba itu tidak akan mampu mengenali hambanya yang lain dengan sempurna. Hanya Dia yang mengenali dengan sesungguhnya siapa hamba-hambaNya.
Ta’aruf . Ta’aruf . Ta’aruf .
Biznillah
Wallahua’llam
Mari mengejar mardhatillah.
Menjadi hamba Allah yang osem.
Yeah!
Salam sayang,
Shauqah wardah
Subscribe to:
Posts (Atom)